Monday, 13 March 2017

Survival Camp UiTM Student at YMCA Camp Sibu

ASSALAMMUALAIKUM

Pada 3-5 Mac haritu, aku terlibat dengan kem kepimpinan. Nama penuhnya kem kepimpinan survival yang bertempat di YMCA, Sibu. Nama kem tu pun sudah menampakkan aktiviti yang akan disediakan adalah lasak tapi aku tetap mahu ikut sebab aku memang suka aktiviti lasak dan outdoor sebab aktiviti yang sebegitu sangat2 fun giler dan akan menyeronokkan. Actually, nama2 yang kena pilih pergi kem ni pensyarah yang pilih dan atas kerelaan sendiri.

Niat asal nak pergi kem ini adalah sebab aku bosan duduk kolej je memanjang tak buat apa2 ๐Ÿ˜ baik aku pergi kem ada jugak aktiviti yang akan aku lakukan daripada duduk kolej asyik menghadap buku, assignment dan lain2. Kalau pergi kem pun dapat jugak aku jimat sikit duit belanja aku. Maklumlah jumaat, sabtu and ahad aku kat sana so jimat lah sikit duit aku hahahaha ๐Ÿ˜‚

Masa pensyarah pilih aku sebagai wakil untuk pergi ke kem tersebut huhhh ๐Ÿ˜ aku apa lagi memang tak sabar giler lah nak pergi dan excited habis nak pergi sebab aku awal2 lagi dah search macam mana kem survival tu? tengok punya tengok hati aku pun dah tak sabar nak pergi kem tersebut.

Walaupun aku ada rasa yang kem survival ini mungkin sama dasyat atau lebih dasyat daripada team building masa aku sem1 dulu, tapi lepas aku tengok gambar2 dan aktiviti yang tersedia aku dah rasa WOW ๐Ÿ˜ฎ... memang jauh dari luar jangkaan aku hahahahaa

So sampai2 je aku kat kem tu, aku dan yang lain2 berkumpul di assembly point dan mereka memberi taklimat pasal tempat tersebut dan bincang pasal aktiviti. Habis saja taklimat then minum petang. lepas minum petang, kami mula dengan aktiviti 1 kami adalah ice breaking dan drift-trike



Sumpah aku cakap drift-trike memang best gilerrr hahahaha.... GEMPAK SIOTT!!!


Time main ni aku memang seronok giler lah ๐Ÿ˜Š sebab aku tak pernah main benda alah ni ahahahaha... lepas sekali aku cuba terus rasa nak main lagi (:

Then start dari pukol 6.30pm - 8.30 pm, kami solat dan makan malam. Seterusnya, kami berkumpul kat dewan dan start aktiviti 2 kami adalah forum interaktif . forum ini adalah untuk kita memberi pendapat kita kepada pihak tersebut.

ketika forum interaktif 

Pada esoknya, kami bangun untuk subuh, senam dan sarapan. Lepas sarapan kami berkumpul di assembly point tu lagi bagi memulakan aktiviti ke-3 iaitu flying fox. YES!! benda yang paling aku tunggu2 dari semalam ahahahahha ๐Ÿ˜‚ sumpah aku cakap game ni memang awesome dan best. Game ni sesuai untuk orang yang nak melepaskan stress atau perasaan ๐Ÿ˜ˆ๐Ÿ˜‡

Lepas main flying fox kami teruskan dengan aktiviti 4 iaitu HOT climbing. Hot climbing just biasa2 jer cehhh over pulak aku! actually game ni kami panjat pokok yang tinggi ahahahhaha ni memang pengalaman pertama aku panjat pokok ๐Ÿ˜... mula2 panjat memang nampak cool tapi bila dah sampai atas dan tinggi aku dah rasa tak nak turun dari pokok tersebut sebab terlampau tinggi dan aku ada sikit2 gayat pada ketinggian ahahahahhaha!!!



Serious aku cakap game ni best gilerr!!! memang fun lah dan sesuai untuk aku yang tengah stress ngan final exam tak lama lagi hihi... puas giler aku jerit dan gelak masa game ni.

Lepas tu kami rehat jap sambil tunggu masuk waktu zohor ๐Ÿ˜Š done rehat dan solat kami start dgn aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti 5. Aktiviti 5 ni pulak dipanggil screamer R.O.C.K game ni pun lebih kurang dengan flying fox cuma bezanya ialah game ni kite perlu buat dan lepaskan diri kite sendiri ๐Ÿ˜ฌ. Game ni mencabar sikit bagi aku sebab aku kena lepaskan diri aku untuk terbang ke udara cehh *pegi mampos ahh ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Actually, maksud aku kite kena lepaskan benda tu dengan sendirinya tu adalah macam ni cerite nye hmmm.... benda ni ada satu tali and tali tu kite kena tolak gune kaki untuk die berlepas ahahahhaha ermm tu jelah bezanya game ni dengan flying fox 


Korang tengok lah video ni! baru korang tau best ke tak best hahahhaha

Then, kami proceed to the next game aktiviti 6 iaitu slip & slide. Slip & slide ni pulak sejenis game yang boleh dikatakan sudah biasa dimain sebab game ni macam permainan kanak2 yang kat taman tu ahahahha cuma sli & slide ni ada air. But before kita slide benda tu kami perlu letak air sabun kat badan supaya kite senang nak slide benda tu hihi



Sumpah aku cakap game ni amatlah best... aku main game ni saje dah berkali2 sampaikan aku dah rasa budak2 macam tak pernah main ni ahahahahha tapi aku peduli apa kite datang kem ni pun sebab nak have fun so aku pun tengah have fun lah tu ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜

Pada malam nya kami proceed to aktiviti 7 iaitu membuat peta Malaysia. Masa game ni aku dh mula gelabah... yelah kite perlu lukis peta Malaysia doeee kau dah giler nak lukis peta tu ahahhahaha . Game ni kite buat dalam group dan kite mesti lukis peta tersebut dalam keadaan gelap dan senyap huhhh kau rase apalah nasib peta tu yang kami lukis dalam kegelapan ahahhahaha ๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜‚

Satu yang aku dapat dari game ni adalah game ni membawa maksud kita memupuk perpaduan patriotisme dalam diri dalam melakar peta Malaysia dalam gelap ๐Ÿ˜’

ni lakaran dri group kami ahahahahah entah apa2 yang kami lakarkan ni ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ tapi ok lah hahah... Nama group kami ialah  Eleasis Guineensis

Habis semua aktiviti peta Malaysia tu kami ada camp fire WOW!! seronok weiii duduk ngan kawan2 sambil bbq. Maklumlah ni malam last kami kat YMCA tu aku rasa tak nak balik kolej je hahahaha nak tinggal sini jer boleh tak? hahaha

Malam last ni aku memang having fun abis dengan kawan2, lepak sampai larut malam hmm tak lah larut malam sangat hahhahaha sampai pukol 12 malam jer huhu... sedih aku nak tinggalkan kem ni rasa tak nak balik ermm๐Ÿ˜ž. Tapi takpe janji ada pengalaman dan memori, bak kata kawan aku ' lets create a memories' hahahaha 



Malam tu kami balik ke dorm untuk kemas2 barang sebab dah nak balik ke kolej esoknya huhh sedihnya hmmm... lepas kemas semuanya then tido sebab esok kena bangun awal 

Pagi esok nya ialah hari last kami kat situ. Lepas sarapan dan mereka memberi sedikit taklimat buat kami dan mengucapkan selamat tinggal dan berterima kasih hmmm ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Aku harap untuk semester yang akan datang aku harap aku kena pilih lagi untuk terlibat dengan kem ini ahhahahaha memang tak nak bagi peluang dengan orang lain aku ni ๐Ÿ˜‚ aku peduli apa jani aku pergi kem ni lagi huhu...

Sebelum berangkat pulang ada sesi bergambar dengan ahli2 yang lain dan tak lupa juga memberi saguhati kepada pihak YMCA kena telah melayan kami dengan baik dan terbaik ahahahhha....

Kami pun telah berkumpul kat tempat assembly point tu dengan barang2 kami and ready untuk balik and back to normal life huhu ๐Ÿ˜Š pukul 11 pagi kami pun berangkat dari tempat kem tersebut.


Barisan dari pihak pelajar UiTM Mukah ๐Ÿ˜Š



 Disini berakhir lah pengalaman aku sebagai survivor sepanjang berada di YMCA, Sibu dalam kem kepimpinan survival. Aku harap kite jumpa lagi hahahahahhaha